Friday, 31 August 2012
Thursday, 30 August 2012
Harimau Bintang Malang Tercucuk Besi
NEW DELHI – Seekor harimau bintang meraung kesakitan apabila satu daripada kakinya tercucuk besi ketika cuba melompat pagar sebuah kilang di Mysore, lapor media semalam. Menurut saksi, harimau kumbang itu dipercayai memanjat pagar besi setinggi kira-kira tiga meter.
Bagaimanapun, ia tergelincir dan kaki belakangnya tertusuk besi pagar itu, menyebabkan dia terperangkap dan tidak boleh ke mana-mana. Harimau bintang berusia empat tahun itu dilihat orang ramai yang melalui kawasan berkenaan pagi semalam.
Tindakan menyelamat segera dibuat sebaik saja pihak berkuasa dimaklumkan mengenai insiden itu.
Disebabkan liar, pihak berkuasa terpaksa menembak bius ke badan harimau bintang itu bagi melemahkannya dan membolehkan operasi menyelamat dijalankan. Kakitangan veterinar terpaksa menggunakan jaring besar sepanjang operasi menyelamat itu.
Ketika masih pengsan, harimau bintang itu dibawa ke hospital berhampiran dan doktor segera menjahit lukanya. Kejadian semalam adalah insiden ketiga membabitkan harimau bintang dilaporkan di kilang berkenaan. Menurut pegawai perhutanan setempat, mana-mana haiwan yang cedera akan dirawat sebelum dibebaskan semula ke hutan.
Sementara itu, akhbar tempatan melaporkan, doktor veterinar mendapati luka di kaki harimau bintang itu hampir terkena perutnya. Bagaimanapun, kecederaan itu tidak membimbangkan.Haiwan itu dijangka pulih sepenuhnya tidak lama lagi.
-akustressgiler
"Homo Rudolfensis", Bangsa Manusia Baru Ditemui
Baru-baru ini, terdapat sejenis fosil manusia telah ditemui di utara Kenya yang mendedahkan bahawa terdapat satu bangsa manusia baru telah dijumpai. Para saintis menyatakan, kurang daripada 2 juta tahun yang lalu, telah wujud satu spesies manusia baru yang sebelum ini tidak pernah diketahui.
Hasil kajian penemuan terbabit telah membuktikan bahawa pada masa yang sama terdapat 3 jenis golongan manusia yang berbeza telah wujud bersama di Afrika dan menyangkal sama sekali teori yang mengatakan manusia zaman sekarang wujud daripada evolusi primat.
Ahli-ahli antropologi mendapati 3 fosil tengkorak manusia, tulang muka dan rahang berserta gigi dianggarkan berusia kira-kira 1.7 juta dan 1.9 juta tahun lamanya. Penemuan ini mengesahkan teori bahawa wujud satu bangsa manusia yang dikenali sebagai Homo Rudolfensis, iaitu sejenis bangsa manusia yang mempunyai otak yang agak besar dan panjang serta bermuka rata.
Dalam tempoh masa 40 tahun yang lalu, mereka hanya mempunyai satu sampel fosil tengkorak berkaitan bangsa manusia baru itu, namun kini, mereka mempunyai lebih banyak dari itu.
Terima kasih kepada penemuan itu, kini para saintis boleh membuat kesimpulan dengan lebih yakin bahawa Homo Rudolfensis merupakan spesies asing manusia yang benar-benar telah wujud bersama dengan bangsa manusia yang lain yang dikenali kira-kira 2 juta tahun lampau.
-sumber: akustressgiler
Iklan Kereta Pertama Di Dunia Tahun 1898
Pada tahun 1898, syarikat Winton Motor Carriage telah mengeluarkan iklan kereta pertama keluaran syarikat mereka yang berenjin serta bebas kuda di dalam Scientific American. Ia merupakan iklan yang pertama kali sepertinya disiarkan kepada umum. Robert Allison yang berasal daripada Port Carbon, Pennsylvania menjadi orang pertama yang membeli kereta keluaran Winton selepas melihat iklan kereta yang pertama di dunia itu.
Wednesday, 29 August 2012
Kereta Buatan Asli Indonesia VS. Kereta Buatan Asli Malaysia
Sekiranya korang rajin masuk ke forum-forum Indonesia, pasti korang akan perasan betapa tak puas hatinya/marah/dengki/iri hatinya mereka terhadap Malaysia. Salah satunya terhadap produk kereta Proton buatan Malaysia yang dijual di sana. Mereka mengutuk, mengeji malah ada satu komen yang mengatakan, jika didunia ini hanya ada satu sahaja jenama kereta, dan jenama tersebut adalah Proton, maka mereka lebih rela berjalan kaki daripada menaiki kereta Proton! Justeru, bila dah mengutuk macam bagus sangat tu, tertanya-tanya juga, adakah Indonesia mempunyai produk kereta mereka sendiri? Jangan terkejut, rupa-rupanya memang ada! Antara yang dibangga-banggakan:-
1. Mobil Kancil
2.Mobil Esemka
3. Mobil Komodo
4. Mobil Tawon
5. Mobil Arina
6. Mobil GEA
7. Mobil Wakaba
8. Mobil Marlip
Bandingkanlah dengan kereta buatan asli Malaysia
Canggih, China Cipta Kereta Yang Boleh Dipandu Dengan Remote Control
BYD Auto telah mengeluarkan satu model baru sedan F3, salah satu kompak terlaris di China.Sedan itu diberi nama F3 Su Rui, dengan harga bermula dari RMB 65900 (RM32, 300) untuk kuasa asas 109 hp dengan varian 1.5 liter.
Tetapi yang paling menarik pada model ini ialah ciri Remote Driving - yang mana kereta boleh dipandu hanya dengan remote control tanpa memerlukan pemandu berada di dalam kereta.
Ciri ini membolehkan kereta dipandu sehingga 10 meter jauhnya, membolehkan perkara-perkara seperti meletak kereta di tempat parkir yang sempit dan membolehkan kereta bergerak ke depan pintu untuk menjemput anda ketika hari hujan.

Kelajuan tertinggi terhad kepada hanya 2 km / h dalam mod kawalan jauh.
Dengan harga di bawah 100,000 RMB (RM49, 000) anda juga mendapat ciri-ciri seperti berikut:
six-speed dual-clutch gearbox
154 hp turbocharged 1.5 litre direct-injected powerplant (allowing a century sprint time of under nine seconds)
digital dashboard with trip computer, a comprehensive infotainment system with 4.3-inch LCD screen (including internet and GPS)
tyre pressure monitoring system,
ABS, traction control
4 years warrantySaksikan video di bawah bagaimana konsep remote driving ini berfungsi:
-billyinfo

Kopi pelik yang enak?
Walaupun harga yang agak tinggi berbanding kopi biasa, namun ianya bukanlah menjadi satu malasah untuk para penggemar kopi untuk merasai keunikan rasa dan juga bauan kopi yang lain daripada yang lain.
Ikuti beberapa jenis kopi dari seluruh dunia yang pasti memiliki keunikan sendiri.
Kopi Luwak
Kopi yang berasal dari Indonesia ini dirumus khas dari tahi binatang musang yang mana pada mulanya menjadi baja tanaman ladang kopi. Kemudian menjadi bahan utama untuk membuat kopi kerana kuantitinya yang banyak suatu ketika dahulu. Jangan risau, kopi ini telah di dipastikan pembuatan serbuknya terjaga dengan mengambil hanya yang baik sebelum dipanggang untuk dijadikan sebuk kopi. Kopi ini menjadi antara kopi termahal dan pelik di dunia, dan boleh menempah sendiri secara online.
Kopi Mark
Sangat sesuai jika anda dapat sajikan kopi ini di waktu pagi atau petang sebagai minuman pilihan. Kopi yang dirumus khas dengan rasa masam yang enak, aroma yang menusuk kalbu memberikan anda satu keunikan rasa yang luar biasa. Kopi yang klasik untuk semua. Kopinya hanyalah yang terpilih dari bahan Arab yang dipanggang.
Kopi Jing Yin
Dahulunya dikenali sebagai kopi ritual. Hanya dibuat khas oleh pembuat kopi terlatih. Dirumus hanya di satu kawasan ladang kopi yang mana di situ jugalah proses kopi berlangsung. Hanya terdapat satu tempat sahaja kopi ini diproses yang pasti keunikan kopi ini memang terjaga. Kini dikenali dengan nama "Kopi Jing Yin" yang boleh dirasai dan didapat di Lokasi: 68-M, Jalan SS21 / 39, Damansara Utama, Petaling Jaya dengan harga RM10 hingga RM30 ringgit secawan. Harga yang tidak perlu dibandingkan dengan merasai sendiri keunikan kopi ini!
Kopi di pergunungan gunung biru Jamaica
Kopi yang memang terkenal di pergunungan Jamaica. Mereka antara pengeluar terbesar kopi yang membantu menaik taraf ekonomi Negara mereka apabila 80 peratus dari kopi yang dipanggang di sana diimport ke Negara Jepun kerana permintaan yang tinggi dengan keunikan kopi ini. Kopi di pergunungan biru Jamaica hanya boleh di dapati di sana. Untuk melabel kopi asli harus ada pengesahan dari pihak atasan pengeluar kopi yang sememangnya menjaga kualiti produk kopi ini yang telah menjadi salah satu punca ekonomi negara tersebut. Dengan aroma dan rasanya yang unik, tidak hairanlah kopi ini menjadi antara pilihan penggemar kopi seluruh dunia!
Kopi Monyet Parchment
dddDD Selepas kehadiran kopi Luwak yang menungguli carta kopi pelik yang mahal, ada satu lagi kopi yang agak pelik dan tidak diketahui ramai iaitu kopi Monyet Parchment yang boleh didapati di India. Ia terhasil selepas monyet tersebut memakan buah-buahan manis yang ada di pendalaman hutan dan meludahnya. Ketika itu pekerja yang datang ke kawasan mereka iaitu di Chickmagular untuk memasang lantai menjumpai ludahan monyet tersebut bersepah di tanah. Berasa sesuatu yang unik, mereka mengambil keputusan untuk mengumpul dan mengeringkan bahan tersebut lantas memanggang sehinggalah menjadi serbuk kopi. Rasa kopi yang lazat tetapi jelik ini sememangnya antara kopi yang anda harus cuba suatu hari nanti.
Air kacang soya bagus untuk anda!
Pasti ramai yang suka minum air kacang soya bukan? Sedap dan menyamankan apabila setiap kali anda minum, malahan ia juga mempunyai banyak khasiatnya.
Tidak dapat dinafikan kebaikan air soya ini apabila sudah banyak penemuan saintifik yang membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan.
Kacang soya merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan ia juga jauh lebih murah daripada daging, susu ataupun telur, dan ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupakan 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan 3 kali lebih daripada telur.
Ia juga kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, manganese, magnesium, iron dan fosforus, vitamin A, B, C, D serta lesitin yang boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu, manakala protein yang terdapat pada kacang soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung,
Kacang soya sangat baik dijadikan sebagai bahan bagi hidangan vegetarian dimana mudah dicerna kerana ia mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekal tenaga.
Dengan mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, ia dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolestrol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat 'statins' tetapi tanpa kesan sampingan ubat.
Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan Rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati haid.
Lesitin yang terdapat dapat kacang soya juga dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit, manakala kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan juga dapat diperlahankan.
Gula kompleks dan "oligosaccaride" dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.
Jadi tidak dapat dinafikan lagi bahawa kacang soya ini sememang kaya dengan pelbagai khasiat untuk tubuh badan anda, jadikan meminum air soya ini sebagai amalan seharian anda
Aiskrim Kellogg Corn Flakes McDonald diperkenal
Yang terbaru, McDonald telah memperkenalkan menu aiskrim terbaru yang menjadikan Kellog Corn Flakes sebagai ramuan utama bagi penyediaan aiskrim yang lazat ini.
Namun, aiskrim ini hanya boleh didapati di beberapa cawangan terpilih sahaja. Aiskrim ini menampilkan dua perisa berlainan iaitu coklat dan strawberi. Ianya hadir untuk dua pilihan iaitusundae dan juga mcflurry.
Jadi apa lagi, cuba sendiri aiskrim yang manis serta lazat ini sebaik sahaja anda pergi ke cawangan Mcdonald berdekatan. Pasti teruja!
Aiskrim Kellog Corn Flakeshanya berada di pasaran sehingga stok masih ada.
Nokia memperkenalkan Asha
Terdapat segmen pengguna yang inginkan telefon yang cukup untuk kegunaan seharian sahaja. Nokia telah menamakan produk ini sebagai Asha. Symbian S40 digunakan sebagai sistem operasinya yang menawarkan fungsi seperti laman sosial dan juga aplikasi yang boleh dimuat-turun. Model terbaru yang diperkenalkan kini adalah Asha 305. 306 dan 311.
Dilengkapi dengan skrin sesentuh tiga inci, prosesor 1GHz, dan juga sambungan HSPA dan WiFi, model 311 cukup berkuasa untuk kegunaan seharian pengguna biasa. Antara-muka telefon ini akan memaparken menu yang senang diakses untuk menunjukkan panggilan dan mesej yang lepas.
Asha 311 juga dilengkapi dengan Nokia Browser 2.0. Pelayar web ini boleh memampatkan data mengggunakan server Nokia, yang mengurangkan penggunaan data sehingga 85%. Perisian sosialnya juga mempunyai kebolehan yang sama tetapi hanya boleh memampatkan data sebanyak 70%.
Ketiga-tiga telefon baru ini akan datang dengan 40 permainan video EA yang bernilai RM300 untuk setiap pembelian. Walaubagaimanapun pembeli bari perlu mengumpul kesemua permainan video ini 60 hari daripada perisian permainan pertama dimuat-turun ke dalam telefon mereka
Nokia Asha 311 boleh didapati dengan harga RM419 manakala Asha 305 dan 306 akan diumumkan harganya kelak.
Tuesday, 28 August 2012
Saham Samsung susut RM36.5b
Komputer tablet Samsung Galaxy Tab (kiri) mempunyai ciri persamaan dengan iPad Apple. - Foto REUTERSSeoul: Harga saham Samsung Electronics susut lebih tujuh peratus semalam sekali gus menyaksikan penurunan nilai pasarannya sehingga AS$12 bilion (RM36.5 bilion).
Ia susulan kejayaan tuntutan undang-undang oleh pesaingnya, Apple Inc mengenai isu paten di Amerika Syarikat (AS), justeru mencetus kebimbangan berhubung keupayaan bahagian perniagaan telefon pintar yang menjadi penyumbang terbesar pendapatan syarikat Korea itu.
Juri AS yang mendapati Samsung meniru beberapa ciri penting dalam iPhone dan iPad, mengarahkan syarikat itu membayar pampasan kepada Apple sebanyak AS$1.05 bilion (RM3.26 bilion).
Pelarasan harga dalam beberapa hari akan datang adalah tidak dapat dielakkan. Ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan pasaran serta masih terdapat ketidakpastian seterusnya seperti kemungkinan larangan jualan”. - John Park, Penganalisis Daishin SecuritiesSaham susut 7.5 peratus
Saham Samsung, syarikat teknologi terbesar di dunia dari segi pendapatan, susut 7.5 peratus, penurunan peratusan harian terbesar dalam tempoh hampir empat tahun, kepada 1.183 juta won (AS$1,000).
Jumlah dagangan awal semalam adalah tinggi iaitu lebih daripada dua kali ganda daripada purata harian minggu lalu.
“Pelarasan harga dalam beberapa hari akan datang adalah tidak dapat dielakkan. Ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan pasaran serta masih terdapat ketidakpastian seterusnya iaitu seperti kemungkinan larangan jualan,” kata John Park, Penganalisis Daishin Securities.
Penganalisis menganggarkan pendapatan Samsung akan berkurangan empat peratus tahun ini berikutan peningkatan dalam peruntukan berkaitan dengan paten.
Juri Mahkamah Persekutuan San Jose, California, pada Jumaat lalu mendapati Samsung melanggar enam daripada tujuh paten Apple.
Beri kesan pengharaman jualan produk utama
Keputusan yang diputuskan menerusi perbincangan juri selama kurang daripada tiga hari itu juga boleh membawa kepada pengharaman langsung jualan produk utama Samsung dan mungkin akan mengukuhkan lagi dominasi Apple dalam pasaran pengkomputeran mudah alih.
Apple juga merancang untuk memfailkan injunksi jualan terhadap Samsung, kata peguam dan hakim dalam kes itu menetapkan tarikh pendengaran pada 20 September ini.
Eksekutif tertinggi di Samsung, diketuai oleh Naib Pengerusi, Choi Gee-sung dan Ketua Bahagian Mudah Alihnya, JK Shin, mengadakan mesyuarat tergempar kelmarin.
Kebimbangan terbesar buat Samsung adalah sama ada produk terbaru Galaxy S III, yang tidak termasuk dalam kes itu, akan turut disasarkan oleh Apple dan dimasukkan dalam senarai produk yang diharamkan di pasaran AS.

Apple senarai 8 produk Samsung yang perlu 'diharamkan'
Hakim Lucy Koh meminta senarai berkenaan selepas juri di San Jose minggu lalu mengarahkan Samsung membayar pampasan AS$1.05 bilion apabila firma gergasi teknologi Korea Selatan itu didapati 'meniru' model iPhone dan iPad keluaran Apple.
Bagaimanapun, Samsung kini merancang untuk mengemukakan rayuan.
Lapan produk telefon pintar terbabit iaitu Galaxy S 4G, Galaxy S2 AT&T, Galaxy S2, Galaxy S2 T-Mobile, Galaxy S2 Epic 4G, Galaxy S Showcase, Droid Charge dan Galaxy Prevail.
Pada 26 Jun lalu, Hakim Koh mengeluarkan perintah Galaxy Tab 10.1 dilarang memasuki pasaran Amerika selepas mendapati ia menyalahi 'reka bentuk paten'.

Monalisa Seluruh Dunia
Mona Lisa merupakan sebuah karya agung lukisan Leonardo Da Vinci abad ke-15. Kini ia disimpan di Muzium Louvre, Paris, Perancis. Lukisan Mona Lisa popular kerana hasil seninya menampakan lukisan itu seperti bernyawa. Lukisan ini dilukis selama 4 tahun tetapi tidak pernah disiapkan selepas itu. Oleh itu, terdapat sedikit kecacatan pada lukisan ini yang mana subjek lukisan ini tidak mempunyai bulu kening dan lukisan latar belakang kelihatan terlalu pudar.
Sejak itu, lukisan Mona Lisa sering dieksploitasikan untuk pelbagai tujuan. Tapi siapakah Mona Lisa yang sebenarnya dan dari mana asal usulnya. Adakah beliau berasal dari…
Morocco?…
London?…
Tehran?…
Egypt?…
Dubai?…
Kuwait?…
Syria?…
Iraq?…
Afganistan?..atau
Mungkin ini yang berlaku setelah seminggu Mona Lisa berada di USA…vavoom!
Mungkin ini yang berlaku setelah seminggu Mona Lisa berada di USA…vavoom!
HAHAHAHAHAHAH!
Subscribe to:
Posts (Atom)