Pages

Monday, 27 August 2012

Si Langsing Galaxy!


Unik dan menawan. Memiliki skrin Super Amoled 22% lebih besar daripada versi terdahulu iaitu berukuran 4.8 inci (12.2 sentimeter). Saiznya masih boleh dikatakan tidak terlalu besar pada dimensi 136.6 x 70.6 x 8.6 mm berikutan rangka binaan polikarbonat yang lebih kecil. Sudah tentu ringan dengan keberatan hanya 133g, fizikalnya telah dioptimumkan bagi kelancaran cengkaman ketika menaip.
Dibekalkan dengan teknologi Near Field Communications (NFC), Galaxy S3 turut memiliki slot memori tambahan microSD sehingga 64GB. Selain memberikan pengguna slot microUSB v2.0 (MHL) untuk pemindahan data, ia juga boleh dilakukan tanpa wayar. Juga memudahkan pengguna, teknologi sistem pengecasan tanpa wayar berlandaskan pengecas induktif.


Kuasa operasinya boleh diiktiraf sebagai yang terbaik ketika ini dengan teknologi pemproses Exynos empat teras berkelajuan maksimum 1.4GHz, diselaraskan dengan RAM 1GB. Dibandingkan dengan HTC One X yang turut menggunakan pemproses empat teras, Galaxy S3
berbeza dengan adanya sokongan Teknologi Exynos untuk kawalan memori dwi-saluran LPDDR2. Pemproses empat teras ini berevolusi engan janaan khusus bukan secara berkumpulan. Secara tidak langsung, ia meminimumkan penggunaan kuasa yang banyak.

-majalahpc


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.