Pages

Monday 27 August 2012

Kurang Minum Susu Boleh Bantu Kawal Jerawat


Ini mungkin boleh dijadikan panduan bagi mereka yang sukar mengawal masalah jerawat. Bagi yang mudah terkena jerawat, fikirlah dua kali jika anda suka minum susu.
Kajian yang dilakukan oleh Harvard School of Public Health mendapati golongan remaja yang gemar minum susu, tidak kira sedikit ataupun lebih dalam sehari, berkemungkinan mempunyai 45 peratus risiko untuk membentuk kawasan berjerawat di sekitar muka, berbanding dengan mereka yang kurang atau tidak menggemarinya.

Hormon androgenik yang ditemui di dalam susu dikatakan menjadi penyebab lain yang membawa kepada pertumbuhan jerawat. Hormon androgenik seperti testosteron biasanya mula terbina di kalangan lelaki dan wanita ketika sudah mencapai akil baligh. Ia bertujuan untuk mengawal pertumbuhan dan mengekalkan karekter maskulin.

Elemen lain yang terlibat seperti IGF-1 berfungsi untuk meningkatkan kadar insulin yang membawa kepada peningkatan hormon androgenik dan juga menggalakkan abnormaliti pada sel kulit keratinocytes dikaitkan dengan proses pertumbuhan jerawat.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.