MAKAN 5 KALI SEHARI
-Pengambilan makanan tiga kali sehari sebenarnya tak salah. Tetapi, sebaiknya kamu hendaklah makan lima kali sehari sekiranya kamu mengambil makanan dalam jumlah yang kecil. Dengan cara ini kamu akan merasa sentiasa kenyang tanpa perlu mengunyah setiap masa. Menu makanannya? Hendaklah terdiri daripada nasi, lauk dan sayur. Kurangkan pengambilan makanan pada waktu pagi dan malam. Makan dalam jumlah yang biasa untuk tengah hari. Selain itu selitkan pengambilan makanan berupa buah-buahan setiap kali selepas makan pagi dan tengah hari.
MENYAPU 23 KALORI PER 10 MINIT
-Menyapu lebih banyak melatih bahagian otot tangan terutamanya bahagian lengan atas. Jika kamu sesekali membongkok, otot bahagian pinggang juga akan terasa kelegannya. Gerakan ini sebaliknya dilakukan dengan menggunakan kedua belah tangan secara berganti. Iaitu lima kali gerakan tangan kanan, dan lima gerakan tangan kiri. Kemudian cubalah berdiri tegak ketika menyapu.
36 KUNYAHAN SETIAP SUAPAN
-Makanan yang dikunyah dengan baik dapat membantu meringankan sistem pencernaan dalam tubuh kamu. Yang menariknya juga , ia dapat membantu kamu mengurangkan pemgambilan makanan dalam kuantiti yang lebih banyak. Kunyahan yang teratur akan membantukan kamu terrasa lebih kenyang.
24 JUMLAH 'SIT-UP' UNTUK MENGEMPISKAN PERUT
'Sit-ip'/bangkit tubi adalah gerakan senaman yang dapat membantu kamu memperoleh perut yang tegang dan kempis. Namun, ramai di antara kamu berpendapat gerakan ini harus dilakukan sehingga ratusan kali sehari. Padahal, 'sit-up' yang disarankan hanyalah sekadar 24 kali sahaja. Jika tak percaya, cubalah! Kamu akan rasakan perbezaanya.
16.00 WAKTU YANG TEPAT UNTUK BERSENAM
-Suhu tubuh, kekuatan otot, dan jumlah oksigen yang disalurkan dari peredaran darah ke jaringan tubuh kamu berfungsi sepenuhnya pada jam 4 petang sehingga 8.00 malam. Oleh demikian, waktu begini, kamu memiliki stamina dan tenaga yang cukup untuk bersenam. Selain itu, pembakaran kalori ketika itu adalah di tahap yang paling ideal.
NAIK TANGGA 61 KALORI PER 10 MINIT
-Lupakan lif! Sebenarnya dengan menaiki tangga, ia dapat mengencangkan otot paha, betis dan punggung. Jika kamu bergerak dalam keadaan berlari, ia dapat membantu melegakan bahagian pinggang.
MENCUCI PINGGAN 15 KALORI PER 10 MINIT
-Setelah perut kenyang, jangan tinggalkan pinggan yang kotor begitu sahaja. Rajinkan diri kamu untuk membasuh kerana ia dapat mengencangkan bahagian otot tangan kamu.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.