Pages

Friday, 5 October 2012

Anda Fikir Taj Mahal di India Hebat? Tunggu Sehingga Anda Lihat Taj Arabia di Dubai


                                                                                                                                                             Satu replika bangunan tersohor dunia, Taj Mahal, yang saiznya empat kali ganda daripada bangunan asal akan dibina di Dubai sebagai tempat mengadakan perkahwinan terbesar dan berprestij dunia.
Pembinaan bangunan marmar Taj Mahal mengambil masa 22 tahun untuk disiapkan oleh Maharaja Mughal sebagai hadiah istimewa kepada permaisurinya, 360 tahun lalu tetapi replikanya yang akan dikenali sebagai Taj Arabia, di Dubai hanya mengambil masa dua tahun untuk siap. 

Projek bernilai 767 juta Euro itu akan menjadi mercu tanda kepada dataran seluas 41 juta meter persegi di Falcon City of Wonders di Emirates Road, kata Pengerusi Link Global Group, Arun Mehra, syarikat pemaju replika berkenaan. 

“Perkahwinan adalah satu keraian. Ia perlu diumumkan dan disambut meriah. 

"Ketika ini Dubai tidak mempunyai destinasi untuk meraikan perkahwinan. Orang ramai ke Bali dan tempat esotik lain untuk berkahwin dan tidak lama lagi mereka boleh datang ke Taj Arabia," kata Mehra kepada agensi berika Gulf News. 

Taj Arabia juga akan mempunyai hotel lima bintang dengan 300 bilik penginapan serta 200 pangsapuri berlokasi di pusat bandar baru Falcon City yang turut menempatkan beberapa ikon dunia lain seperti menara condong Pisa dan Pyramid Mesir.
sumber: berita harian, independent.co.uk 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.