Korang pernah tak dengar nama buah ni – nenas batu? Aku pun tak pernah (mungkin pernah tapi lupa) sehinggalah aku terbaca majalah Mastika edisi lama (korang baca Mastika lagi ke?) ketika tak tahu nak buat apa di rumah mertua aku di Kedah. Buah nenas yang aneh lagi pelik ini dikatakan mempunyai banyak khasiat kesihatan kepada para wanita, terutama wanita yang baru lepas bersalin. Nenas batu ni ada je didapati di Malaysia, tapi saiznya kecil berbanding nenas batu dari Mesir. Budak-budak belajar di Mesir la yang banyak buat bisnes atau perniagaan nenas batu ni. Harga nenas batu? Aku tak tahu la, tapi tak silap aku, dalam puluh-puluh ringgit juga untuk sebiji nenas batu. Tak sampai harga ratusan walau khasiatnya tampak hebat. Kat mana boleh beli? Entah. Aku pun tak tahu, dengar kata kat pasar-pasar malam di Termeloh ada jual nenas batu ni. Tapi tak tahu la, korang kena cari budak-budak yang belajar kat Mesir. Kalau korang tau, sila tinggalkan komen. Aku nampak yang nenas batu ni ada potensi perniagaan. Nak tengok gambar nenas batu? Gi tengok kat bawah ni.
Saiz nenas batu yang dibawa dari Mesir
Khasiat Nenas Batu1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.2. Di dalamnya terkandung berbagai-bagai khasiat.3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali sahaja.4. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.5. Melawaskan kencing.6. Membantu melancarkan pembuangan angin.7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.9. Berkhasiat untuk digunakan menyembuhkan BUASIR.Cara Penggunaan Nenas Batu1. Basuh sehingga cuci bersih.2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).4. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.5. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.6. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.Nota:- Nenas batu ini dari Mesir. First grade in the world!Peringatan: Wanita mengandung tidak di benarkan minum.Segelas kecil sudah cukup untuk sehari (1x sehari) (minum byk2 takut panas!)
Sumber: Nenas Batu Blogspot
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.