Mesti korang pernah terfikir samada ais dalam air yang korang minum kat kedai tu dimasak atau air mentah. So, bagaimana caranya untuk korang kenalpasti samada air yang digunakan untuk membuat ais itu dimasak atau air mentah?
Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar
Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.
Sumber : Here
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.