Pages

Sunday 2 September 2012

Maksud Sebenar Gangnam Syle Oleh PSY

Jumlah tontonan video lagu Gangnam Style di YouTube mendadak sehingga lebih 60 juta dan mengubah hidup Psy kepada seorang superstar. Sekarang muncul pula 1 spekulasi melalui media Sosial 'Twitter', FB dan ada juga disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) mendakwa Gangnam bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’.

Maksud sebenar Gangnam adalah Gangnam-gu iaitu merupakan kawasan/daerah di Seoul yang dihuni artis-artis, penuh dengan bangunan rekaan moden, dan penduduk Korea Selatan menyamakan Gangnam dengan Beverly Hills di Amerika Syarikat.

Penduduk di kawasan tersebut sering hidup secara bermewah-mewah. Sebahagian dari mereka akan mula menghabiskan wang yang mereka dapat untuk berburu kesenangan dan barang-barang mewah. Daerah Gangnam menjadi simbol kesejahteraan dan kemehawan di negara itu.  Oppa pula ialah panggilan hormat mereka kepada lelaki yang lebih tua seperti kita menyebut ‘abang’ atau ‘encik'.

P/s: Tak perlu nak paranoid sangat. Teringat dulu masa kecik-kecik waktu Pikachu Pokemon tengah famous dulu, sama je keluar khabar angin macam ni. Sebelum sebarkan sesuatu lebih elok kalau kita siasat betul-betul dulu.




sumber-budakbotak

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.