Pages

Friday, 14 September 2012

Kanser Servik




• Disebut juga sebagai Barah Rahim. Ia adalah diantara barah yang kerap terjadi terhadap wanita, dimana ia menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah.
• Kanser servik merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
• Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
• 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
• 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.
Penyebab
Ia disebabkan oleh virus human papilloma yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun.

Faktor kemungkinan untuk terkena kanser servik
• Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
• Mempunyai pasangan seks yang berbilang
• Mengandung lebih dari 5 kali
• Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
• Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
• Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
• Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.

Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.
Tanda dan gejala
• Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
• Perdarahan yang banyak
• Perdarahan yang berpanjangan
• Perdarahan di antara haid
• Kehadiran darah beku
• Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
• Sakit semasa hubungan seksual
• Perdarahan dari vagina selepas putus haid
• Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
• Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
sumber: atieserina.blogspot

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.