Pages

Wednesday 26 September 2012

Melawat Hotel Tertinggi di Dunia


Hotel Ritz-Carlton Hong Kong tawarkan pemandangan menakjubkan dan perkhidmatan serba mewah
Info Ringkas: 
  • Hotel Ritz-Carlton Hong Kong merupakan hotel paling tinggi dan bangunan keempat tertinggi di dunia. Ia baru sahaja dibuka pada Selasa (29/3/2011) yang lalu.
  • Hotel yang berada di tingkat 102 ke-118 di Pusat Perdagangan Antarabangsa (ICC) itu mempunyai 312 buah bilik. Ia menawarkan pemandangan bandar dan pelabuhan Hong Kong.
  • Antara kemudahan lain termasuk pusat beli-belah seluas 93,000 meter persegi, enam buah restoran, spa dan kolam renang.
  • Hotel Ritz-Carlton menjadi satu daripada tempat yang paling mahal untuk didiami dengan kadar sewa bagi sebuah bilik 'standard' berharga AS$575 (RM1783) untuk satu malam
Hotel Ritz Carlton Hong Kong (tengah) menjadi hotel tertinggi di dunia
Salah satu daripada 6 restoren di Hotel Ritz Carlton
Kolam renang yang menawarkan pemandangan pelabuhan Hong Kong
Koridor hotel yang serba mewah
Seorang chef sedang meyediakan hidangan di sebuah restoren Cina di Hotel Ritz Carlton
Salah satu daripada bilik tidur yang menawarkan pemandangan pelabuhan Hong Kong
Ruang lobi hotel
Chef-chef di salah satu daripada 6 restoren di Hotel Ritz Carlton
Menurut Presiden rangkaian hotel mewah itu, Herve Humler, Hotel Ritz-Carlton Hong Kong menjadi sebuah mercu tanda kepada kemuncak kejayaan selepas kerja keras selama bertahun-tahun.

"Kami mampu merealisasi sebuah hotel yang betul-betul hebat. Jadi kami mengalu-alukan tetamu bukan sahaja ke hotel yang tertinggi di dunia, malah hotel yang terbaik," katanya.

Selain itu, Ritz-Carlton telah meletakkan rasa mewah ke tahap yang baru dalam semua aspek. Menara hotel itu juga kelihatan jauh lebih tinggi daripada bangunan sekelilingnya.


Lagi gambar-gambar menarik: 
 
 
 
 
 
 
sumber: http://www.dailymail.co.uk, http://www.ft.com/

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.