Pages

Friday 21 September 2012

Menara Tertinggi Di Dunia, Burj Khalifa , Dubai


Walaupun dihimpit hutang sehingga US$80 billion, bangunan dan menara tertinggi dunia yang baru Burj Khalifa telah berjaya dibuka dengan rasminya. Teka-teki ketinggiannya pun sudah terjawab iaitu setinggi 828m. Dubai mengalami kejatuhan ekonomi yang teruk semenjak November 2008 berikutan krisis kemuncupan kredit (credit crunch) di mana apabila bank-bank tidak mempunyai cukup nilai aset cair untuk diberikan sebagai pinjaman bagi menjana lagi ekonomi yang berkembang secara mendadak.


* Pembinaan Burj atau Burj Khalifa telah menelan kos RM2.7 billion.


* Menara itu adalah 1,000 kaki atau 304 meter lebih tinggi dari saingannya iaitu Taipei 101 (1,671 kaki atau 509 meter) dan hampir dua kali ganda ketinggian menara kembar Petronas.


* Ia adalah struktur buatan manusia tertinggi dunia mengatasi menara telekomunikasi KVLY-TV di Dakota Utara, Amerika Syarikat yang mempunyai ketinggian 628 meter.


* Burj Khalifa mempunyai 169 tingkat yang melalui beberapa zon iklim dengan suhu di tingkat paling atas adalah sehingga 10 celsius lebih rendah daripada tingkat bawah.


* Ia mempunyai kolam renang tertinggi di dunia di tingkat 76 dan masjid di tingkat 158.


* Sistem penyejukan bangunan itu mampu mengeluarkan air yang boleh memenuhi 20 kolam renang bersaiz Olimpik setahun


* Dan banyak lagi kemudahan yang disediakan di Burj Khalifa ini.


Penyempurnaan pembinaan Burj Khalifa juga bermakna ia adalah kali pertama dunia Arab dapat mengembalikan status struktur tertinggi dunia ke rantau itu selepas Piramid Giza di Mesir diatasi oleh Lincoln Cathedral pada 1311. Hampir 6,000 orang telah hadir menyaksikan majlis berkenaan. Dengan percikan bunga api, pembinaan struktur paling mengagumkan itu dirasminya pemerintah Dubai, Sheikh Mohammad Rashed al-Maktoum.


Walaubagaimanapun, disebalik kemeriahan perasmian menara tertinggi dunia ini timbul pula persoalan pertukaran nama asal dari Burj Dubai ke Burj Khalifa. Adakah dengan pemberian USD10 Billion oleh pihak Abu Ahabi menyebabkan ianya dinamakan sempena pemerintah di sana iaitu Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan? Dikenali sebagai Burj Dubai ketika pembinaannya, Sheikh Mohammad bagaimanapun mengisytiharkan nama baru kepada mercu tanda baru dunia itu sebagai Burj Khalifa iaitu tanda menghormati Presiden Emeriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed al-Nahyan.


Sheikh Khalifa juga adalah pemerintah Abu Dhabi, negara sekutu UAE yang membantu menyuntik AS$10 bilion tahun lalu untuk menyelamatkan syarikat pemaju hartanah gergasi Nakheel, iaitu anak syarikat Dubai World.


Sebuah syarikat Australia telah diberikan tugas untuk mencuci cermin bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang mana mereka telah menggunakan sejumlah baldi disamping bantuan peralatan berteknologi tinggi berharga AS$7.3 juta (RM24.7 juta).
sumber

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.