Soal Jawab Kesihatan
Soalan:
Sejak selepas menamatkan SPM (sekarang umur saya dah pun 20-an), saya menghadapi satu masalah iaitu ketiak terasa selalu basah dan berbau. Baik waktu siang atau waktu malam, bila melakukan aktiviti atau ketika waktu
Ketiak saya ni sentiasa saja basah menyebabkan warna baju di bawah ketiak kelihatan kekuningan. Saya malu dengan keadaan ini.
Apakah sebab dan bagaimana cara menghentikan masalah ketiak basah ini?
Jawapan:
Badan yang mengeluarkan peluh atau keringat adalah gejala tubuh yang normal malah sesuatu yang menyihatkan, bagi memelihara kesejukan dan kebersihan tubuh. Peluh itu sendiri adalah boleh diibaratkan sebagai ‘bahan buangan’ dan kotoran yang harus disingkirkan dari badan.
Bagi menghilangkan bau peluh yang tidak menyenangkan, minumlah air putih secukupnya setiap hari dan makan makanan yang kaya dengan zat vitamin seperti buah-buahan, sayur-sayuran, susu dsb.nya.
Untuk meredakan masalah berbau itu, elok juga diamalkan memakai minyak wangi yang sederhana baunya.
laman petua:
masalah ketiak basah, ketiak basah, petua ketiak basah, hilangkan ketiak basah, punca ketiak basah
Filed Under: Soal Jawab Kesihatan
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.